Elakkan 10 pemikiran tidak rasional ini

Kadang-kala kita berfikir dengan tidak rasional. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Mungkin kita pernah berfikir sebegini. Secara sedar ataupun luar sedar. 


1. Kesilapan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Jika saya membuat kesilapan, bermakna saya tidak cekap.

2. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan saya, ia adalah satu serangan peribadi terhadap saya.

3. Untuk menjadi seorang yang bahagia, saya mesti disukai oleh semua orang.

4. Nilai sebenar saya sebagai seorang individu bergantung kepada apa yang orang lain fikir tentang saya.

5. Jika saya tiada teman baik, saya keseorangan.

6. Tiada pertengahan ataupun grey area. Kejayaan selalunya berkait dengan warna putih dan kegagalan adalah hitam.

7. Tiada apa yang benar-benar sama seperti apa yang kita inginkan.

8. Jika hasilnya tidak sempurna, ianya adalah kegagalan.

9. Jika sesuatu yang buruk berlaku dalam hidup saya, ia adalah kesilapan saya.

10. Masa lalu sentiasa berulang. Jalan keluar yang terdahulu pasti sama dengan jalan keluar sekarang.


Elakkan pemikiran sebegini menyemakkan pemikiran dan perasaan kita.
Tarik nafas, berlapang dada, berfikiran terbuka.
Dan ingat, berikan senyuman pada kehidupan.


Comments

  1. Bukan mudah utk menepis semua itu Linda
    Kadang kehendak tak selaras dgn minda dan hati kita ni.
    Susah betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakZakie....saya pun sama ada jugak berfikir tak rasional ni

      Delete
  2. Betul betul... Agak susah tp kena juga cuba elakkan pemikiran yg sesak kan fikiran n hati. Berlapang dada dan fikir ke arah yg positif. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulahh Aina, walaupun selalu jugak tersasar tapi kena cuba dan terus cuba...

      Delete
  3. Memang sebenarnya agak susah nk elak sesetengah perkara.tp kena think postive la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kann...nak fikir negatif tu senang jek huhu

      Delete
  4. Setuju... semoga kita semua sentiasa berfikiran positif dan berjaya... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah Tn.Khir, especially generasi muda dan belia ni kan

      Delete

Post a Comment

Popular Posts