Isnin yang penat

Salam semua.
Dah lama rasanya terabai blog picisan ni.
Biasalah tu...alasan-alasan cliche yang biasa; sibuk, tak cukup masa, tiada idea nak tulis apa.....

Pagi-pagi isnin ni rasa macam tak cukup dos kopi.....


Rasa macam nak secawan kopi lagi.



Kalau dapat seteko kopi baru hilang mengantuk saya agaknya.


Mungkin dah sampai masanya untuk saya bercuti.

Ambil masa berehat dan tenangkan fikiran.

Dah lama tak dapat cuti yang betul-betul berkualiti. Kalau bercuti pun ada saja dapat phone call dari pejabat. Ataupun arahan-arahan kerja yang datang dari whatsapp.

Tanpa kita sedar yang kita sebenarnya kurang dapat rehat yang berkualiti....setuju tak?

Teringat pulak conversation saya dengan anak perempuan saya berumur 8 tahun.

Saya terangkan pada dia tentang orang yang telah bersara tu maksudnya apa. Dan saya cerita biasanya ramai orang bersara pada umur 60. Bila saya beritahu dia yang saya tidak pilih untuk bersara pada umur 60 tetapi cukup sampai umur 56, terus dia menjawab "Terima kasih Ibu!"

Oh, saya tergamam.

Mesej yang sampai pada saya; adakah dia gembira untuk saya kalau saya dapat berhenti kerja awal atau dia rasa saya terlalu sibuk?

Oh bahaya kalau anak nampak kita terlalu sibuk dengan kerja.

Jadi saya tanya kenapa.
Dia menjawab supaya saya boleh ambik dia awal dari sekolah, tak perlu tunggu pukul 5 petang macam biasa.
Alahai anak...

Seronok juga kalau ada waktu kerja fleksi yang boleh bekerja dari rumah kan?

Comments

  1. Semasa you bersara dia dah tak brlajar lagi.

    Boleh saya download gmbar dlm ni tak?
    Menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....kannn...nanti dia pulak busy dengan kerja...aduhaii...
      Boleh je...download lah...sharing is caring :-) btw saya guna apps bitmoji...comel kan

      Delete
  2. Salam Linda,

    Dua hari lepas anak bongsu saya yang baru 6 tahun beri saya segenggam duit syiling yang dikutip di sekitar ruang tamu rumah kakak saya. Katanya dia dah bagi duit ni bolehlah saya berhenti kerja. Saya kata padanya duit dalam genggaman ni tak cukup, cukup untuk beli jajannya sahaja. Maka dia pun menjawab, 'Kalau macam tu Mommy kena kerja lagilah nampaknya!'

    Aduhai... ingatkan dia nak kerja cari duit pulak untuk saya! Tak juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii MD....comellnya lah hai siap bagi Mommy dia duit syiling supaya tak perlu kerja :-) Budak2 ni mmg jujur kan....seronok melayan kerenah dorang kan MD

      Delete
  3. Indeed. Anak-anak ni hati tulus kan.. apapun kerja dari rumah ke, kerja diluar rumah ke..semua tu demi kebaikan anak-anak juga. Ibu-ibu wanita hebat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu UmmuAyyash....pengorbanan seorang ibu dan pengertian seorang anak....

      Delete

Post a Comment

Popular Posts